Home > #CeriteraKool > Tak Jumpa Frekuensi Kool FM Dalam Kereta? Jangan Risau, Car Play Sedia Membantu

Tak Jumpa Frekuensi Kool FM Dalam Kereta? Jangan Risau, Car Play Sedia Membantu

Dalam industri automobil masa ini, anda mesti pernah dengar terma CarPlay kan? Biasanya ia sering menjadi tarikan utama bakal pembeli kereta terutamanya sewaktu pandu uji kereta.

Kalau anda perasan, kebanyakan kereta baharu yang menawarkan CarPlay mesti didatangkan dengan skrin sentuh bagi membolehkan pengguna melihat paparan sama seperti telefon pintar.

Pengguna bukan sahaja mampu membuat panggilan, tetapi dapat menggunakan aplikasi navigasi seperti Waze, pesanan mesej dan aplikasi yang lain.

Memandangkan frekuensi Kool FM masih belum diperluas, perkhidmatan strim muzik ini bakal dinikmati, sekiranya anda memuatnaik aplikasi radio Kool FM disini:

https://itunes.apple.com/my/app/kool-fm/id1085092690?mt=8 

Mudah kan?

Selain itu, CarPlay membolehkan radio di dalam kereta bertindak sebagai pengawal bagi telefon bimbit berjenama iPhone dengan sekurang-kurangnya mengemaskini perisian bermula daripada iOS 7.1.

Kebanyakan pengeluar kenderaan di seluruh negara mengatakan bahawa mereka akan menggabungkan CarPlay ke dalam sistem yang lebih berinformasi dari semasa ke semasa.

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply