Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Tak Banyak Gerak Pun Tapi Kenapa Duduk Rumah Badan Tetap Berbau?

Berikut penjelasan dari Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi.

Published

on

“Tak keluar rumah tapi badan berbau teruk kalah macam baru lepas marathon!”

Duduk-duduk lepak dekat kerusi ruang tamu atau baring atas katil tiba-tiba terhidu bau yang tidak menenangkan dari badan terutama kawasan ketiak? Bau masam atau hapak, mesti pernah, kan? Tipulah kata tak pernah.

Tapi bila ingat balik hari ini bukannya banyak gerak pun, lagi-lagi musim perintah pergerakan kawalan ni. Memang jarang sangat keluar kecuali ada hal penting je tapi pelik kenapa badan tetap berbau?

via GIPHY

Badan akan keluar dua jenis bau…

Menurut Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Sharifah Halimah Jaafar berkata, terdapat dua jenis kelenjar pada kulit tubuh manusia yang membentuk kepada dua masalah bau badan iaitu bromhidrosis ekrin dan bromhidrosis apokrin. Ha, apalah maksud bagi dua istilah perkataan saintifik ni?

“Kelenjar ekrin biasanya mengeluarkan peluh yang masin ke permukaan kulit dan tidak berbau. Manakala kepadatan kelenjar apokrin pula juga tidak berbau tapi tertumpu pada bahagian tertentu seperti ketiak, celah paha, kemaluan dan kulit kepala yang merembeskan cecair berminyak dan sebum.

via GIPHY

Makanan beri kesan bauan badan…

Tambahnya lagi, bauan ini juga bergantung pada pengambilan makanan seperti bawang putih, bawang merah, kari, alkohol, nikotin dan kopi. Jika makanan ini diambil secara berlebihan, secara autoamtik akan menghasilkan peluh keluar dari kelenjar ekrin dan mengeluarkan bauan yang tidak menyenangkan dengan lebih kuat.

“Aroma tidak menyenangkan yang keluar dari tubuh juga berbeza pada setiap individu akibat dipengaruhi dari corak pemakanan, kepadatan dan kehadiran bakteria luar biasa serta masalah kesihatan. Malah, berdasarkan kajian, genetik, saiz badan dan faktor usia juga punca badan mengeluarkan bau yang berbeza,” jelasnya.

via GIPHY

Tip kurangkan bau badan…

Jadi, tak hairanlah walaupun kita hanya berada dalam rumah saja tapi badan kita tetap berbau sedikit masam. Bagi mengurangkan masalah bau badan walaupun berada di rumah, anda haruslah melakukan beberapa langkah ini. Antaranya…

  1. Kurangkan pengambilan sumber makanan yang boleh menggalakkan aktiviti kelenjar peluh apokrin dan ekrin merembeskan peluh yang berbau seperti bawang putih, bawang merah, alkohol, kafein, nikotin, merokok dan sebagainya.
  2. Meningkatkan pengambilan probiotik (bakteria kulit yang berguna) supaya meningkatkan kepadatannya serta dapat mendominasi permukaan kulit. Ini kerana bakteria lactobascilllus mengeluarkan glikogen dan aseton mengeluarkan bau yang menyenangkan di samping mengawal pertumbuhan mikroflora yang tidak sihat.
  3. Pastikan bulu ketiak dan yang berkaitan sepertinya tidak terlalu tebal kerana bulu yang terlalu tebal dan panjang dapat menyebabkan peluh bercampur dengan bakteria dan menghasilkan aroma yang tidak menyenangkan.
  4. Pakai pakaian yang bersih, jenis kain yang lembut, mempunyai ciri pengudaraan yang baik dan tidak kedap.
  5. Cuci selalu bahagian kulit badan yang lembap seperti pelipat, ketiak dan celah paha.
  6. Gunakan deodoran atau pewangi walaupun hanya berada di rumah.

Apa yang penting jaga kebersihan diri dengan mandi dengan kerap. Misalnya bila berpeluh je, terus mandi untuk bersihkan badan dari bakteria dan peluh yang berbau.

Lebih-lebih lagi pada mereka yang mempunyai suami, lagilah kena jaga penampilan walaupun berada dalam rumah. Semoga bermanfaat. Bye!

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Jaga Makan Semasa Tubuh Badan Sihat. Ikut Nasihat Pakar Cara Elak Makan Berlebihan

Lelaki Terkejut Terpaksa Bayar Makanan Selepas Wanita Bawa 23 Kenalan Masa ‘First Date’

 

 

 

 

 

 

Sumber:  HM

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement