Connect with us

Semasa & Hiburan

Tahniah! Sasha Saidin Kahwin Bulan Ini

Tahniah!

Published

on

Tahniah! Kool FM ucapkan kepada pelakon dan penyanyi Sasha Saidin yang mengesahkan bakal bernikah dengan jejaka pilihan hatinya bulan ini.

Menurut Sasha, dia bersyukur selepas lapan tahun bergelar ibu tunggal, dia bakal berkahwin kali ketiga dengan pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Mr.W.

Image result for SASHA SAIDIN"

“Sebenarnya, kebetulan saya dapat tawaran untuk berlakon dalam drama bersiri 20 episod. Bagaimanapun, saya terpaksa tolak kerana selepas bernikah, saya akan mengikut suami yang bekerja di luar negara,” katanya.

Jelas Sasha, dia akan berpindah mengikut bakal suaminya yang bekerja di Timur Tengah tetapi tetap meneruskan kerjaya seni di sini jika diperlukan.

“Saya akan berulang-alik pulang ke tanah air bagi memenuhi tawaran kerja di sini selain mencari peluang mengembangkan karier di sana terutama dalam bidang peragaan. Apapun, keluarga akan menjadi keutamaan saya nanti,” katanya.

Sasha yang juga anggota kumpulan Elite pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada 2003 namun bercerai empat tahun kemudian.

Pada 2007, dia berkahwin dengan warga Indonesia, Salyo Priyanto tetapi bercerai pada 2012.

Hasil perkahwinan dengan Salyo, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, 10.

 

Sumber daripada: Harian Metro (Georgie Joseph) & Instagram Sasha Saidin

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement