Connect with us

Hiburan

Tahniah! Rosma & Khai Timang Anak Ketiga

Alaaaaaa comelnya dia!

Published

on

Penyanyi Rosma selamat melahirkan bayi perempuan semalam pada jam 1.48 petang.

Berita itu disahkan sendiri oleh suaminya, Khai menerusi laman Instagrfam milik mereka bersama.

Pasangan itu beri nama Nur Alya Dhania buat cahaya mata ketiga mereka.

“Good Morning Semua… Syukur Alhamdullillah… Anak perempuan kami “Nur Alya Dhania” selamat dilahirkan semalam 11.04.2019 jam 1.48pm berat 2.8kg.

“Terima kasih buat doktor noraini & pembantu semua di hospital azzahrah bangi diatas layanan & bantuan semua.

“Terima kasih juga diatas doa2 kalian semua famili, sedara mara, sahabat2 & rakan2 di FB & iG kami,” tulisnya.

Menerusi perkongsian itu, Khai memuat naik foto bayinya yang comel di hospital.

Rata-rata peminatnya turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar kedua-dua ibu dan bayi terus sihat.

Khai mendirikan rumah tangga dengan Rosma yang juga teman seangkatannya ketika menyertai sebuah program realiti televisyen musim pertama pada 2008.

Perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Amzar Danish, 9, dan Nur Amani Damia Mohd, 4.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement