Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Tahniah! Nourul Depp Selamat Melahirkan Isabella Depp

Penyanyi Nourul Depp selamat melahirkan cahaya mata perempuan kira-kira pukul 11 malam pada Selasa.

Published

on

Penyanyi Nourul Depp selamat melahirkan cahaya mata perempuan kira-kira pukul 11 malam pada Selasa.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Nourul atau nama sebenarnya, Nurul Huda Abdul Wahab melalui laman Instagram.

Menurutnya, bayi perempuan yang diberi nama Isabella Depp itu dilahirkan secara pembedahan dengan berat 3.02 kilogram.

View this post on Instagram

Assalamualaikum dan selamat pagi wahai yang baik hati yang sentiasa mendoakan kami. ❤️ . Alhamdulillah #isabelladepp selamat dilahirkan jam 11:12 malam tadi melalui pembedahan. . Berat 3.02kg saja. Mak dia yang berat. . Just to share the news with all who always supporting me and always pray for me and my family. May Allah bless all of you ❤️ . Thank you for the love and joy that you have shown me. . La ni kami nak rest. Nak tidoq. Dok belek isabella sampai pukui 2:30am. Alhamdulillah diatas satu lagi pemberian Allah yang sangat indah buat kami sekeluarga. . Semoga kalian di rahmati. InsyaAllah tiba masa kami share gambaq #isabelladepp na. . Have a great day❤️ . #announcement #isabelladepp #1dayold #deppfamily #thedepps #littledepp

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on

Untuk pengetahuan, Nurul mendirikan rumahtangga kali kedua pada tahun 2012 bersama seorang jejaka dari Perancis bernama Eric Daniel Depp.

Hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Zachary dan Raphael.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement