Connect with us

Hiburan

Tahniah! Mustapha Kamal Kini Bergelar Datuk Paduka

Tahniah Datuk..

Published

on

Sentiasa menghiasa drama-drama televisyen tempatan sebagai individu berpengaruh, pelakon Mustapha Kamal akhirnya dikurniakan darjah kebesaran Ahli Setia Mahkota Kelantan yang membawa gelaran Datuk Paduka.

Ia dianugerahkan pada Istiadat Pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Kelantan sempena Hari Keputeraan Sultan Muhammad V ke-50, di Istana Balai Besar, Kota Bharu, Isnin lalu.

Berita gembira berkenaan dikongsi pelakon terbabit menerusi laman sosial miliknya, sehari selepas istiadat berlangsung.

Image may contain: 3 people

Mustapha yang turut ditemani isteri ketika itu, Susan Manen Ibrahim turut menzahirkan penghargaannya buat wanita yang selama ini menjadi tulang belakangnya menerusi perkongsian lain.

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting and indoor

“Kejayaan seorang suami adalah kerana sokongan, dorongan dan dokongan isteri. Tiga suku kekuatan yang ada dalam diri dan di jiwa suami adalah kerana isteri. Peranan isteri paling penting untuk kejayaan suami dan keluarga. Berkat kesabaran, kesungguhan dan usaha, Insya-Allah. Dia Maha Penyayang. Saya masih lagi mencari kejayaan dunia akhir,” katanya.

Hasil perkongsian hidup mereka selama 21 tahun, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sabella Qawiema, 20, Aulia Qayyiem, 18, Salsabil Qur’ani,16, dan Naqil Qaddiem, 13.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement