Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Tahniah! Izreen Dapat Baby Boy

Tahniah Izreen! Selamat berpantang.

Published

on

Pelakon Izreen Azminda berkongsi berita gembira bersama peminat apabila telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada awal pagi Sabtu.

Menerusi laman Intagram miliknya, Izreen memberitahu segala urusan bersalin berjalan dengan lancar  selain turut berkongsi nama yang dipilih buat putera kecilnya itu.

“Syukur Alhamdulillah… Semuanya berjalan dengan lancar dan baik sekali. Terima kasih bagi semua yang mendoakan saya dan bayi.

“Sabtu lalu iaitu 29 Julai 2019, anak saya Aaron Ibrahim dilahirkan pada jam 1.46 pagi,” kongsi Izreen ringkas.

Izreen dan suami, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude mendirikan rumah tangga pada Ogos 2017.

Sebelum itu, Izreen bernikah dengan sutradara Muhamad Riza pada 2012 namun bercerai dua tahun kemudian dan memiliki seorang cahaya mata, Muhammad Adrian Umar berusia 6 tahun.

Tahniah Izreen! Selamat berpantang.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement