Connect with us

Hiburan

Tahniah! Intan Najuwa Bertunang Pada Usia 22 Tahun

Jarak usia 16 tahun bukan penghalang untuk Intan memilih Razrul sebagai calon suami.

Published

on

Pelakon Intan Najuwa Abd Wahid, 22, selamat bertunang dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 38 pada Sabtu lalu.

Menjengah ke laman Instagram Intan, dia ada memuat naik foto bersama calon suaminya itu.

Menurut pelakon drama Tuan Danial itu lagi, dia dan Razrul bermula sebagai kawan kira-kira setahun lalu.

“Saya mula melihat keserasian kami berdua selepas hubungan kami menjadi serius. Hati saya terbuka untuk menerima lamarannya kerana sikap matang yang ada padanya. Dia juga turut memahami agenda seni saya yang padat.

“Selepas membawa si dia bertemu keluarga, mereka pun bersetuju untuk mengadakan majlis pertunangan kami,” katanya.

Tahniah Intan dan Razrul!

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement