Home > #CeriteraKool > Tahniah Didie Alias, Kini Bergelar Nenek!

Pelakon yang terkenal dengan imej eksentrik, Didie Alias sering dilihat berkongsi foto keluarganya di laman Instagram memaparkan dirinya seorang ibu yang telah bekerja keras untuk membesarkan 6 orang anak termasuk Muhammad Dayyan, hasil dari perkahwinan bersama Norisham.

Terbaru, pengacara ini berkongsi foto bersama cucu pertama hasil perkahwinan anak pertamanya.

Didie menerusi perkongsiannya di laman Instagram mengucapkan rasa syukur atas kelahiran cucu yang hanya diberi nama Baby SS.

Alhamdulillah, tambah lagi keturunan Mumy.

 

Sementara itu, menurut perkongsian anak sulung Didie, Nur Dhaniyah Md Ridzuan, bayi lelaki seberat 3.60 kilogram itu telah selamat dilahirkan pada 14 April lalu (Sabtu) pada pukul 3.18 petang secara normal.

Dhaniyah telah mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Mohd Razishahriman Sabari pada 8 Ogos 2015.

 

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply