Menurut pelakon drama Aku Isterinya itu, segala perancangan menyambut bayi baharu berjalan dengan lancar dan keluarganya teruja menantikan kelahiran anak sulungnya.

“Saya dan suami telah mengetahui mengenai jantina bayi kami pada awal kehamilan. Kebetulan suami dan bapa sememangnya mengimpikan kehadiran generasi lelaki dalam keluarga kami.

“Alhamdulillah apabila dimaklumkan doktor bayi ini adalah lelaki saya terkejut dan bersyukur. Akhirnya impian bapa dapat ditunaikan,” katanya.

Wah, mesti peminat Anzalna pun gembira kan bila dapat tahu berita ini!

Agak-agak apa nama yang akan diberikan buat putera comel pasangan itu nanti?

Untuk pengetahuan,  Anzalna dan suami telah mempunyai nama khusus untuk anak mereka. Nama itu juga merupakan ilham daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

Didoakan semoga Anzalna dan bayi dalam kandungan sihat sentiasa serta dipermudahkan urusan bersalin nanti ya.