Semasa & Hiburan
Tahniah! 19.09.19 Alif Satar Selamat Timang Anak Lelaki!
Tahniah! Cantik sangat tarikh..
Pelakon, penyanyi dan pengacara Alif Satar selamat menimang cahaya mata ketiga semalam.
Menerusi entri yang dimuatnaik di laman sosial Instagram miliknya, Alif meluahkan rasa syukur dan mendedahkan jantina anaknya.
“19/09/1990 & 19/09/2019. I’m already so proud of you, my son..♥️”, tulisnya ringkas.
Lebih menarik lagi, anak lelaki yang baru dilahirkan berkongsi tarikh lahir yang sama dengan penyanyi yang popular menerusi lagu Jangan Nakal itu.
Bagaimanapun, wajah bayi berkenaan masih belum didedahkan.
Dalam pada itu, ruangan komen IG Alif turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminatnya.