Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Tahap ‘Chaos’ Di Awal Pandemik, Efek Sakit Mental

Published

on


Pada hujung Oktober/November 2019, terbaca berita kejadian di negeri China, khususnya di daerah Wuhan, tentang kematian akibat jangkitan virus Koronavirus. “Life still goes on as normal” di Malaysia sehinggalah ada laporan tentang satu kes impot jangkitan tersebut dalam bulan Januari. Di kalangan awam yang memahami tentang penyakit berjangkit, khususnya pengamal perubatan, sudah timbul keresahan atau anxiety apa kemungkinan akan berlaku selepas ini, jika pihak berkuasa tidak ambil langkah-langkah awal.

Kemudian kita sudah mula terbaca tentang kes positif Covid-19 mula merebak ke negeri-negeri dengan pantas, ramai pesakit terpaksa menerima rawatan ICU, dan sudah ada berita kematian akibat Covid-19. Walaupun pada masa itu, berita dalam negeri kurang mengkhabarkan tentang penyakit ini, mungkin kerana ingin elakkan panik, tapi rakyat sudah bertambah resah gelisah apabila mendapat informasi dari social media tentang situasi yang semakin runcing di Wuhan, China, di Itali dan beberapa tempat lain, sehingga negara terpaksa di “lockdown” sebagai usaha membendung penularan. Golongan rakyat Malaysia yang semakin bimbang dan resah, sudah mula bertindak sendiri dengan berpusu-pusu ke pasaraya kerana “panic buying” sebagai usaha bersedia dengan kemungkinan “lockdown”.

Walau bagaimana pun, ada yang menganggap ianya adalah demam selsema flu biasa, dan menafikan ni sesuatu yang lebih bahaya dari flu biasa, kerana virus Coronavirus adalah virus baru, oleh itu belum ada vaksin dan ubat-ubatan yang khusus untuknya.

Keadaan semakin “chaos” dan resah

Jika di awalnya rakyat Malaysia baru sahaja mengalami ribut “chaos” politik dan perubahan kerajaan pada saat yang tidak diduga, senario kemudian berubah, dan hampir setiap masa, orang awam bercakap tentang Wuhan dan Koronavirus atau Covid19. Anxieti, keresahan, stress, mula meningkat   dikalangan awam dan dalam Februari kita masih menunggu arahan dan guidelines dari Kerajaan. Waktu itu, mahasiswa dan mahasiswi dalam persediaan untuk konvokesyen, ramai yang masih atur perjalanan bisnes dalam dan luar negara, ramai yang masih terus bekerja, anak-anak ke sekolah, perhimpunan besar-besaran masih diteruskan, pendek kata rutin harian tetap diteruskan, walaupun Coronavirus sudah mula jadi topik harian dirumah dan kedai mamak. Pasaraya mula kehabisan stok barangan asas disebabkan “panic buying”. Keadaan semakin “chaos” dan resah.

Dengan sekelip mata, jangkitan Covid19 telah menjadi pandemik di Malaysia, dan hospital-hospital, dan barisan hadapan perubatan semakin sibuk dan exhausted physically dan mentally kerana bilangan pesakit positif bertambah dengan pesat sekali, begitu juga jumlah pesakit di ICU, dan jumlah yang meninggal dunia akibat Covid19. Tiap hari, tiap masa, rakyat terpaku di depan TV dan media sosial untuk mengikuti status kesihatan dan keselamatan di negara dan luar negara. Jika kita perhatikan komen-komen netizen di media sosial, ianya membayangkan stress, anxieti, ketakutan, kebimbangan, kemarahan, kekeliruan dikalangan kita. Pendek kata keadaan semakin kalut dan “chaos”, suatu respon luar biasa yang biasa berlaku dalam mana-mana natural disaster.

Susulan ini, PM dan kerajaan yang baru dilantik telah memulakan tugas dan “take charge” keadaan yang “chaos” ini. Dengan mandat yang diberi, Kementerian Kesihatan menerajui operasi ini, dan mengeluarkan statistik dan langkah-langkah keselamatan seterusnya. Tertubuhnya Majlis Keselamatan Negara yang menggerakkan dan menyelenggara “partial lockdown” dan Quarantine melalui PKP I ke IV mulai 18 Mac 2020, sehinggalah 4 Mei, kemudiannya diteruskan dengan PKPB sehingga 9 Jun, dan sebenarnya masih belum ada kepastian bila ianya akan berakhir, disebabkan wabak yang masih wujud, tetapi vaksin dan ubat-ubatan khusus masih belum ditemui.

 

Perubahan ikut norma baharu

Gaya hidup dan rutin kita berubah secara mendadak dan besar-besaran, kita perlu lebih fokus pada keselamatan diri dan keluarga, mengamalkan mencuci tangan, menjarakkan diri sejauh satu metre dengan orang lain, diperintahkan duduk di rumah, bekerja dari rumah, sekolah dan universiti ditutup dan pelajaran dijalankan secara Online, pusat jagaan anak-anak kecil, anak2 istimewa semuanya ditutup dan ibu bapa perlu menguruskan penjagaan anak-anak di rumah. Masjid-masjid dan rumah ibadat ditutup, dan ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati dan protes di kalangan rakyat.

Dalam sekelip mata suasana kehidupan dan persekitaran serta tingkah-laku manusia berubah secara otal dan global, oleh suatu ancaman yang kita tidak nampak. Keadaan yang “chaotic” tidak selamat, diluar jangkaan, tiada ketentuan, tiada penghujung, ini telah mewujudkan trauma dan keresahan berterusan sehingga memberi kesan pada kesihatan mental manusia.

Pokoknya di sini, bukan anda seorang yang merasainya dan sungguhpun ramai mengalaminya, ini tidak normal. Rujuklah pada yang pakar dan jangan berdiam diri. Bertindaklah sebelum terlambat.

 

Baca juga:

Jantung Rasa Nak Terkeluar Masa Tu Linda Onn Kongsi Cara Atasi Panic Disorder

Depresi Bukan Gurauan

 

 

 

 

 

 

 

 

Temubual Donna bersama:

Dr Zasmani binti Shafiee
Consultant Psychiatrist, Gleneagles Hospital Penang

 

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement