Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Syatilla Memang Gurau Kasar – Sam

Tingkah laku Syatilla menjadi bualan netizen kerana dianggap terlalu kasar.

Published

on

Kisah kali ini menumpu kepada pasangan selebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin.

Siapa yang sering mengikuti perkembangan mereka pasti tahu Tilla mempunyai karakter yang kasar dan gila-gila.

Malah, Sam sendiri mengakui tentang tingkah laku isterinya itu. Namun, ada pula segelintir masyarakat yang mempersoalkan dan kurang suka dengan perangai Tilla.

“Mungkin mereka kurang senang dengan karakter Syatilla yang agak gila-gila dan kasar, sedangkan itu adalah karakter sebenarnya. Bukan hanya Syatilla, adik-beradiknya yang lain juga mempunyai perwatakan sama.
“Pada awal pernikahan kami, saya agak terkejut melihat cara gurauan keluarganya yang agak kasar. Tetapi, itu sebenarnya yang membuatkan mereka istimewa. Lama-kelamaan, saya mula faham dan perkara itu tidak pernah menjadi isu antara kami,” kata Sam.

View this post on Instagram

Throwback sikit… bapak mesti sakit hati tgok gambaq ni,pasai dia kuruih elok🤪

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on

Syatilla tetap menghormati Sam sebagai suami.

“Saya juga selalu bergurau kasar dengan Syatilla. Memang ada ketika, caranya lebih kasar, tetapi dia tetap hormat saya sebagai suami. Saya tidak terasa hati kerana sudah mengenalinya luar dan dalam.
“Itu cara Syatilla menunjukkan kemesraan dengan mereka yang rapat. Tetapi, tidak pada orang luar yang mungkin menganggap, caranya itu kurang sopan,” katanya. katanya lagi.

Sebelum ini, beberapa rakaman video Syatilla yang dimuat naik di Instagram menjadi bualan netizen kerana dianggap terlalu kasar, biarpun ketika bergurau dengan suaminya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement