Hiburan
Syatilla Melvin ‘Syok’ Berniaga, Berlakon Pun..
Syatilla mengakui pulangan perniagaan yang diusahakannya cukup baik.
Published
2 weeks agoon
By
AdiliaNama Syatilla Melvin tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air malah lakonannya juga sering mendapat pujian ramai.
Namun, karier seni Tilla mula perlahan sejak dia dan suami, Shaheizy Sam dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 3, dan Sarima Samheizy, tujuh bulan.
Menurut Tilla, kesibukan menguruskan anak-anak serta bidang perniagaan membataskan dirinya untuk kembali ke lokasi penggambaran.
“Selepas berkahwin dan memiliki anak, tumpuan beralih pula kepada dunia perniagaan. Pada masa sama, Sam tidak mahu saya hilang fokus dalam mengasuh anak.
“Bayangkan kalau kami sama-sama aktif berlakon? Bagaimana pula masa untuk anak-anak. Jadi, sekurang-kurangnya, kalau Sam sahaja aktif, saya boleh menjaga anak.
“Rupa-rupanya seronok berniaga… Pulangan cukup baik. Sebenarnya, berlakon pun tak dapat hasil seperti berniaga,”
katanya ketika ditemu bual wartawan, Zaidi Mohamed.
Sejak Mei lalu, Syatilla mula sibuk menjalankan perniagaan kosmetik bersama adik-beradiknya dan belum ada keinginan untuk kembali berlakon.
Sumber: Berita Harian
You may like
-
Drama Adellea Sofia Lakonan Mira Filzah Temui Penonton 7 Malam Ini!
-
Minggu Pertama Ejen Ali The Movie Cecah RM13 Juta!
-
Emma Stone Kongsi Foto Cincin Tunang
-
“Dalam 2 Hari Ni Barulah Nampak Senyum, Boleh Bergurau Balik” – Saharul Ridzwan
-
Kongsi Video Berqasidah, Alunan Suara DS Siti Dipuji Peminat
-
Penyanyi Lagu Memori Cinta Luka Pulang Ke Rahmatullah