Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Syamel Sedih Beraya Tanpa Datuk

Sambutan Aidilfitri tahun ini agak berbeza buat penyanyi, Syamel.

Published

on

Penyanyi bersuara gemersik Syamel atau nama lengkapnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly itu mengakui sambutan Aidilfitri tahun ini terselit perasaan sedih kerana buat kali pertama meraikannya tanpa datuk tersayang.

“Saya sangat terkilan kerana arwah menjaga saya sejak kecil. Tidak dapat saya bayangkan perasaan berhari raya tanpa datuk.

Rayanya juga tahun ini disambut secara besederhana memandangkan datuknya telah pergi menghadap ilahi sebelum Ramadan lalu.

“Janggal rasanya. Jadi, raya tahun ini diraikan dengan sederhana. Apabila dikenang kembali, memang sedih sangat, tetapi saya reda dengan pemergiannya,” luah Syamel.

Dalam kita berseronok menikmati bulan Syawal, ada juga yang bersedih mengenangkan insan tersayang.

Apa pun, semoga Syamel terus diberikan kekuatan untuk meneruskan kehiduapan dan semoga arwah datuknya ditempatkan dalam golongan beriman.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement