Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Sweet Qismina Bawa Watak Kembar

Sweet bakal tampil dalam filem seram, Pusaka 31 Oktober ini.

Published

on

Kemampuan seseorang tidak wajar diukur melalui fizikal semata-mata.

Walaupun tubuhnya bersaiz kecil, pelakon  Sweet Qismina mampu mempelbagaikan watak dalam lakonan dan kehadirannya dalam industri hiburan ibarat sebutir bintang yang berkilauan memancar.

Buktinya, Sweet meraih trofi Artis Baharu Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016.

Berlakon sejak usianya sembilan tahun, Sweet, 22, kini tekad mencabar diri menjayakan watak kembar pula, dalam filem terbaharu lakonannya bertajuk Pusaka.

“Melakonkan watak pasangan kembar dalam filem Pusaka satu cabaran besar terbaharu buat saya.

“Boleh dikatakan watak saya penghidup jalan cerita dan besar impaknya yang akan buat penonton ingat,” kata Sweet.

Pelakon drama Adam Chempaka itu juga berharap penonton dapat menilai bakatnya di dalam filem Pusaka yang tidak tertumpu hanya pada satu watak.

“Saya berpuas hati dan berharap watak ini dapat membuka mata orang ramai kemampuan bawa apa sahaja watak,” katanya.

Filem seram, Pusaka bakal ditayangkan di pawagam seluruh tanah air pada 31 Oktober ini membariskan ramai bintang hebat termasuk Syafiq Kyle, Mimi Lana dan Fauziah Ahmad Daud.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement