Connect with us
Kool FM

Berita

Surau-Surau Di R&R Tutup & Ini 6 Perkara Lain Bagi Pergerakan Rentas Negeri

Semoga selamat sampai ke destinasi..

Published

on

Kebenaran pergerakan Rentas Negeri oleh kerajaan yang akan bermula pada 7 hingga 10 Mei ini nampaknya bakal membolehkan orang ramai kembali ke kediaman masing-masing dari seluruh negara.

Namun, hanya individu yang terkandas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sahaja yang dibenarkan pulang atau membuat perjalanan rentas negeri.

Orang ramai juga diingatkan supaya memuat turun aplikasi Gerak Malaysia dan mengisi borang yang disediakan. Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis, mereka tidak akan memberikan notifikasi kepada individu terbabit sama ada permohonan itu diluluskan atau sebaliknya.

Polis akan mendapat akses maklumat pemohon menerusi aplikasi Gerak Malaysia. Jika ditahan di sekatan jalan raya, anggota polis mempunyai maklumat individu itu yang mahu pulang ke rumah masing-masing.

Bagaimanapun jika anda adalah salah seorang yang akan melakukan pergerakan itu, di bawah adalah enam perkara utama yang perlu anda tahu.

1. Tiada kemudahan makanan disediakan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R).

2. Surau  ditutup dan orang awam awam tidak dibenarkan solat berjemaah di kawasan itu.

3. Fasiliti tandas di R&R sahaja dibenarkan beroperasi.

4. Kawasan tempat letak kenderaan hanya dibenarkan untuk berehat.

5. Stesen minyak hanya beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam sepanjang lebuh raya.

6. Pengguna jalan raya dilarang melakukan aktiviti berkumpulan dalam tempoh kebenaran perjalanan itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement