Connect with us

Hiburan

Surat Terbuka Daripada Ras Adiba Radzi…

Personaliti TV luah rasa kecewa

Published

on

Personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi menggesa kerajaan agar mengambil langkah yang lebih tegas dalam isu penyalahgunaan kemudahan Orang Kelainan Upaya.

Menerusi surat terbuka yang dimuatnaik di akaun Instagramnya, penyampai berita itu meluahkan rasa kecewa dengan kejadian yang menimpa seorang pengawal keselamatan yang dicederakan dan dipukul kayu golf oleh seorang pemandu di Jalan Gombak pada Ahad 20 Oktober.

“Kami berterima kasih kepada pihak pengurusan premis itu kerana telah memberikan arahan yang tegas terhadap mereka yang menyalahgunakan tempat letak kereta Orang Kurang Upaya, namun bagaimana pula di masa akan datang?”

“Apa yang akan berlaku kepada pengawal – pengawal lain apabila mereka mengunci tayar kereta pemandu yang langsung tidak merasa bersalah menggunakan tempat letak kereta kami?”

Ras Adiba bertegas mahu hak OKU ditegakkan, selain Akta OKU 2008 diberi “taring”, kerana menurutnya, akta itu gagal dalam meningkatkan mutu kehidupan OKU di Malaysia.

Dia juga turut mencadangkan beberapa langkah bagi membendung penyalahgunaan hak dan kemudahan OKU.

Antaranya:

  • Mengecat petak tempat letak kereta dengan warna biru dan logo OKU diatas ruang itu. Ruang juga perlu mengikut spesifikasi yang betul dan berdekatan dengan pintu masuk bangunan.

  • Meletak papan tanda yang memberi amaran penguncian tayar kereta.

  • Mengumumkan saman yang tinggi bagi mereka yang tidak menghormati kemudahan OKU.

Di akhir surat terbuka itu, Ras Adiba yang juga Presiden OKU Sentral merayu sekali lagi agar hak mereka dipertegakkan.

“62 tahun sudah Malaysia merdeka, namun sedihnya kami OKU belum dapat merasai kemerdekaan itu sepenuhnya.”

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement