Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Sumpahan Jerunei, Filem Seram Pertama Lakonan Syafie Naswip

Filem ini dijadualkan menemui penonton menjelang hujung tahun depan.

Published

on

Pelakon Syafie Naswip bakal tampil dengan filem terbaru tidak lama lagi, Sumpahan Jerunei.

Bakal memberikan nafas baharu dalam kariernya, Syafie menyifatkan pengalaman pertama kali berlakon bawah arahan Jason Chong sebagai mengujakan.

Penggambaran Sumpahan Jerunei dilakukan di Mukah dan sekitar Kuching, Sarawak sejak 20 hari lalu,  turut menampilkan barisan pelakon seperti Bront Palarae, Amerul Affendi, Syafie Naswip, Tony  Eusoff,  Uqasha Senrose, Yuyun Hikmah, Daiyan Trisha serta Ruminah Sidek.

Untuk pengetahuan, filem Sumpahan Jerunei terbitan Produksi 2020 itu merupakan filem seram pertama lakonan Syafie.

“Ini filem seram pertama lakonan saya. Disebabkan filem ini juga, buat pertama kalinya saya menyambut Aidiladha jauh daripada keluarga. Raya di sini, merdeka pun di sini (Sarawak).
“Sejak mendapat skrip dan kemudian berlakon pula bawah arahan Jason Chong, saya ada keyakinan terhadap naskhah ini. Saya memang teringin untuk bekerja dengan pengarah berprofil tinggi seperti Jason.
“Saya juga seronok berada dalam satu pasukan dengan barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Amerul Affendy, Tony Eusoff, Uqasha Senrose dan Ruminah Sidek. 
Ini seperti projek berani mati juga, kalau menjadi, bonus!
,” kata Syafie.

Syafie melakonkan watak bernama Arjuna, salah seorang pasukan penganalisis yang membuat kajian tentang budaya dan misteri jerunei, salah satu adat pengebumian golongan bangsawan dalam kaum Melanau.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement