Connect with us
Kool FM

Sukan

Sumareh Sah Sertai Police Tero FC, PBNP Mahu Saman?

Sumareh bakal ke Thailand…

Published

on

Pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh sah bakal beraksi bersama kelab Police Tero Fc dalam Liga Thailand. Pengumuman itu dibuat oleh kelab tersebut menerusi Facebook mereka dengan melihat Sumareh akan menyarung jersi nombor 13.

Kehadiran Sumareh dikatakan bakal menambahkan lagi kekuatan kelab tersebut dalam saingan (liga) Thai Toyota 2020/21 yang bakal bersambung pada 12 September. Tetapi menurut kelab tersebut, disebabkan situasi pandemik COVID-19, Sumareh tidak dapat menyertai perlawanan pertama menentang Port Authority FC pada Ahad ini kerana perlu mematuhi peraturan kuarantin.

Sebelum ini, Sumareh mencetuskan kontroversi selepas terdapat laporan bahawa beliau gagal menyertai latihan bersama skuad Pahang sejak sebulan lalu. Terdapat dakwaan tindakannya itu disebabkan masalah pembayaran gaji dengan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP). Malah, Sumareh didakwa sudah membatalkan kontrak bersama Tok Gajah dengan mengaktifkan klausa 8.7 dalam kontraknya.

Sehubungan itu, pemain naturalisasi Harimau Malaya itu bakal berdepan tindakan undang-undang daripada PBNP. Menurut Pengurus Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang, persatuan itu telah melantik peguam dalam urusan perundangan berkaitan kontrak Sumareh PBNP. “Tindakan Sumareh sudah melanggar syarat kontrak dan Pahang mempunyai tempoh 10 hari untuk memprotes perpindahannya ke Police Tero FC membabitkan sijil perpindahan antarabangsa (ITC),” katanya.

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement