Connect with us
Hot Kool Jam

Berita

Sultan Brunei Pulangkan Ijazah Kehormat Oxford!

Hampir 120,000 orang tandatangan petisyen

Published

on

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memulangkan anugerah ijazah kehormat yang diterimanya dari Universiti Oxford Britain selepas dikecam dunia termasuk selebriti George Clooney dan Elton John susulan cadangan pelaksanaan hukuman bunuh terhadap kesalahan homoseksual dan zina.

Reuters melaporkan, hampir 120,000 orang menandatangani petisyen sehingga April lalu yang mendesak universiti berkenaan menarik balik ijazah kehormat yang diberi pada 1993.

Perkara itu disahkan oleh Universiti Oxford sambil menjelaskan bahawa Sultan Brunei membuat keputusan terbabit pada 6 Mei lalu sebelum diumumkan pada hari Khamis 23 Mei.

Brunei sebelum ini menerima kecaman hebat di peringkat antarabangsa selepas mengumumkan pelaksanaan hukuman dalam undang-undang syariah pada 3 April lalu iaitu hukuman mati termasuk direjam bagi kesalahan homoseksual, zina dan rogol.

Namun, bagi meredakan keadaan, baginda berkata awal bulan ini hukuman mati tidak akan dilaksanakan dalam pelaksanaan perubahan kanun jenayah.

 

Sumber: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement