Connect with us
Kool FM

Berita

Sugu mengaku tak bersalah miliki sabit

Published

on


Isteri tertuduh, S. Pavithra, 28, bersama peguam bela, Mahinderjit Singh berbincang selepas prosiding terhadap M. Sugu selesai.

Oleh MUHAMAD TARMIZE MOHD. NOR

IPOH – Suami YouTuber masakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan memiliki sebilah sabit di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini Selasa lalu.

Tertuduh, M. Sugu, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Mohd. Fauzi Mohd. Nasir

Mengikut pertuduhan, bapa kepada dua anak itu didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit berukuran 66 sentimer bertulis tiger di parkir HRPB di sini pada pukul 6 petang 21 Julai 2020.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Waffy Ismail manakala tertuduh diwakili peguam bela Mahinderjit Singh.

Mohd. Waffy memohon mahkamah untuk tidak membenarkan tertuduh diikat jamin namun jika pihak mahkamah ingin memberikan ikat jamin kepada tertuduh, pendakwaan mencadangkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.

“Memandangkan senjata yang ditemui itu di tempat awam yang dikategorikan sebagai kawasan selamat dan ia digunakan sebagai alat keganasan rumah tangga, saya memohon mahkamah tidak membenarkan jaminan atau jaminan RM20,000 dikenakan terhadap tertuduh,” katanya.

Mahinderjit Singh bangun membantah dan memohon mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin dengan syarat tambahan yang akan ditetapkan.

“Saya memohon jaminan dibenarkan terhadap anak guam dan saya akan membuat representasi berkaitan kes ini memandangkan ia merupakan kes keganasan rumah tangga,” katanya.

Mohd. Fauzi kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu melaporkan diri setiap 1 haribulan di balai polis berdekatan sehingga kes selesai sebagai syarat tambahan.

Isteri tertuduh, S. Pavithra membayar wang jaminan berkenaan.

Mahkamah menetapkan 17 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, Pavithra, 28, turut dilihat menemani suaminya sepanjang prosiding berlangsung namun mengelak untuk memberikan sebarang ulasan. – K! ONLINE

The post Sugu mengaku tak bersalah miliki sabit appeared first on Kosmo Digital.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement