Semasa & Hiburan
Sufian Suhaimi Pilih Jasmine Suraya
Rasa tenang sangat dengar lagu Janji ni…
Sebelum ini, ramai yang mengetahui pelakon Jasmine Suraya amat meminati penyanyi Sufian Suhaimi yang popular dengan lagu Di Matamu.
Kini, Sufian tampil pula dengan single terbaru berjudul Janji.
Untuk pengetahuan, lagu tersebut merupakan ciptaan Blaine Bakri dan Wan Salleh manakala liriknya hasil nukilan Blaine Bakri.
Menariknya lagi, video muzik Janji yang telah dilancarkan pada 20 Februari lalu itu turut menampilkan Jasmine yang membawa watak sebagai kekasih Sufian.
Saksikan klip video di bawah!
Wah, macam sepadan pula Sufian dan Jasmine ni kan? So sweet!
Sehingga artikel ini ditulis, video muzik rasmi Janji telah meraih lebih 692,000 jumlah tontonan serta 25,000 tanda suka daripada peminat.