Connect with us

Hiburan

Sufian Suhaimi Hadiahkan Ijazah Sarjana Buat Kedua Ibu bapa

Kejayaan itu tidak akan datang bergolek. Semuanya perlukan usaha, pengorbanan, kesungguhan dan doa.

Published

on

Kejayaan itu tidak akan datang bergolek. Semuanya perlukan usaha, pengorbanan, kesungguhan dan doa.

Selepas mengharungi pelbagai cabaran hidup, penyanyi terkenal, Sufian Suhaimi akhirnya berjaya menggenggam Ijazah Sarjana dalam bidang Komunikasi Massa di Universiti Teknologi MARA baru-baru ini.

Sufian yang berkongsi berita gembira itu di laman Instagramnya amat bersyukur apabila penat lelahnya selama ini membuahkan hasil selepas bertahun cuba mengimbangi kehidupannya sebagai seorang selebriti dan pelajar.

“Bertahun aku mengimbangi soal kerjaya, peribadi, dan pelajaran. Penuh drama, yang tahu tu tahu lah.” luahnya.

Dalam pada itu, Sufian juga pada awalnya tidak menyangka dia mampu menamatkan pengajian serta mengakui kejayaan tersebut datang daripada hasil bantuan orang sekeliling dan juga Tuhan.

“It always seems impossible. But i get things done, dengan bantuan manusia dan Allah.” katanya lagi.

Menerusi perkongsian tersebut juga, Sufian menjelaskan kejayaan yang dikecapinya itu adalah hadiah buat kedua ibu bapanya yang selama ini telah menjadi tulang belakang dirinya.

“Ijazah Sarjana ini hadiah Ean untuk ibu dan ayah. Terima kasih, semuanya.” ujarnya.

Selain itu, Sufian turut mengucapkan terima kasih kepada peminat kesayangannya yang sentiasa memberi sokongan termasuk ucapan tahniah di atas kejayaan tersebut.

Tahniah diucapkan buat Sufian Suhaimi dan semoga terus berjaya dalam hidup serta dimurahkan rezeki selalu.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement