Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

“Suatu Pengalaman Yang Memberi Saya Pelbagai Rasa Dan Cabaran”- Julia Ziegler

Tahun 2019 pasti menjadi tahun yang paling bermakna buat pelakon pelakon yang popular menerusi filem Ombak Rindu, Julia Ziegler apabila cahaya mata sulung yang dinantikan dengan penuh kasih sayang, selamat dilahirkan, Isnin lalu.

Published

on

Tahun 2019 pasti menjadi tahun yang paling bermakna buat pelakon pelakon yang popular menerusi filem Ombak Rindu, Julia Ziegler apabila cahaya mata sulung yang dinantikan dengan penuh kasih sayang, selamat dilahirkan, Isnin lalu.

Bayi perempuan seberat 3.42 kilogram itu dilahirkan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, pada jam 11 malam.

Untuk pengetahuan, berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Julia menerusi laman Instagramnya hari ini.

“Alhamdulillah, bayi perempuan kami selmat dilahirkan pada pukul 11 malam pada 14 Januari lalu. Semoga dirahmati dan ia adalah hadiah dari syurga. Syukur Alhamdulillah.” tulisnya pada kapsyen di Instagram.
 Julia sewaktu membilang hari untuk melahirkan puteri sulungnya

Dalam pada itu, Julia juga mengakui kini faham nikmat menjadi seorang ibu dan dia begitu takjub melihat wajah puteri sulungnya, sebaik dilahirkan.

“Alhamdulillah… Proses kelahirannya sangat lancar. Suatu pengalaman yang memberi saya pelbagai rasa dan cabaran. Melihat wajah dan susuk tubuhnya, saya cukup takjub. Ini adalah anugerah yang melengkapi cinta dan kasih sayang antara saya dan suami.”katanya.

Julia telah berkahwin dengan jejaka pilihannya yang dikenali sebagai Johan pada 1 Januari 2017.

 

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement