Connect with us
Webinar Kool

Gaya Hidup

Suami Terlantar Koma, Isteri Tiada Pendapatan Tanggung Dua Anak

Published

on


Seorang isteri merintih akan kesukaran hidupnya yang diamali mendapat perhatian ramai. Sejak suami terlibat dengan kemalangan jalanraya yang menyebabkan diri suaminya terlantar koma sudah masuk 3 bulan lamanya.

Tangungjawab membesar dan menjaga kebajikkan anak jatuh sepenuhnya kepada si isteri. Yang lebih menyedihkan apabila beliau terpaksa menanggung dua cahaya matanya itu tanpa sebarang sumber pendapatan.

Si isteri yang bernama Nuraqilah Roslan meminta bantuan segera serta sokongan daripada orang ramai bertujuan untuk meringankan bebannya sebagai seorang isteri yang menanggung dua cahaya mata yang masih lagi kecil.

Baca:“Aku Rindu Masakkan Mamaku”- ‘Frontliner’ Penat Dan Rindu Keluarga

Alhamdulillah

Keperihatinan dan doa warga Malaysia terutama komuniti Kuala Langat amat di hargai.

Lembaga Zakat…

Posted by Komuniti Kuala Langat on Saturday, 30 May 2020

Apabila melihat kesukaran nasib hidup manusia ini alami, ia menjadi sebagai satu pembuka mata kepada kita yang mengharungi kehidupan dengan normal dan selesa ini.

Walau bagaimanapun, permohonan bantuan segera yang dipinta oleh ibu kepada dua cahaya mata ini mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor dan Perkeso. Beliau dikatakan telah menerima bantuan one off untuk pembelian katil dan tilam khas untuk memudahkan urusan mengurus suami yang koma.

Tambahan pula, peralatan bantuan pernafasan yang berjumlah RM 3047 serta bantuan perubatan bulanan seperti tisu, keperluan pampers dan sebagainya turut disalurkan. Terharu apabila mendengar rintihan isteri yang mempunyai dua cahaya mata ini dibantu dan mendapat perhatian ramai.

Donna mendoakan agar suami kembali sembuh seperti sedia kala dan semoga tabah menghadapi ujian hidup ini. Ingatlah ujian hidup kita adalah sementara dan orang yang tabah dan sabar pasti menerima ganjaran selayaknya.

Baca:

“Setiap Kali Pulang, Saya Tak Boleh Peluk, Cium Anak” Luahan Sebenar Frontliner Hadapi Risiko Covid-19

Kos Rawatan RM 8000, Anak Sah Positif Kawasaki Terpaksa Makan Ubat Pesakit Jantung Dewasa

 

 

 

 

Sumber:ohmymedia



Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement