Connect with us
alt_img>

Berita

Suami Tergamak Pukul Isteri Hamil

LELAKI ditahan selepas memukul isterinya yang sedang hamil enam bulan di Taman Selasih, di Kulim.

Published

on

Seorang lelaki ditahan selepas memukul isterinya yang sedang hamil enam bulan di Taman Selasih, di Kulim, semalam.
Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, suspek berusia 34 tahun ditangkap di restoran di Kulim pada 1 pagi susulan laporan polis yang dibuat mangsa.
“Sebelum kejadian 9.30 malam semalam, berlaku perselisihan faham antara mangsa yang berusia 31 tahun itu bersama suspek sebelum mangsa dipukul suaminya itu.
“Mangsa berasa tertekan selepas kerap didera secara fizikal dan emosi, ditambah mangsa juga sedang hamil enam bulan.
Katanya lagi
“Mangsa kemudian bertindak membuat laporan polis,”
Beliau berkata, suspek yang dikatakan tidak bekerja itu mengaku melakukan perbuatan itu terhadap isterinya.
Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement