Home > #CeriteraKool > Suami tak dapat cuti, kena bersanding seorang

Suami tak dapat cuti, kena bersanding seorang

Hati siapalah tidak sedih apabila terpaksa bersanding seorang diri di majlis persandingan sendiri. Dan ini yang terjadi kepada seorang wanita, Badriyah Amirullah yang terpaksa berbuat sedemikian pada kenduri menyambut menantu di Teluk Intan, Ahad lalu dan ia tersebar di media sosial.

 

Badriyah berkata, suaminya, Mohamad Syaiful Izwan Mohamad Shah, tiada pada majlis itu kerana tidak mendapat pelepasan cuti.

Mohamad Syaiful Izwan sedang menjalani latihan sebagai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, di Terengganu. Beliau dijangka menamatkan latihan pada Julai depan sebelum ditempatkan di balai bomba yang ditugaskan.

“Kita mendapat berita suami tidak dapat pelepasan, saya hampir menangis di depan keluarga mentua. Ibu bapa mentua pujuk dan tenteramkan saya, meminta saya bersabar serta kuat fizikal mental memandangkan semua perancangan untuk majlis sudah siap sepenuhnya.

“Ketika tiba di lokasi majlis, semua tetamu kelihatan tertanya-tanya ke mana pengantin lelaki. Saya gagahkan diri untuk berjalan di depan orang ramai menuju ke meja makan beradab. Ketika itu, hanya Allah yang tahu perasaan saya.

“Mujur juga pengacara majlis membuat pengumuman Syaiful tidak dapat hadir kerana mengikuti latihan dan tidak mendapat pelepasan.

“Apapun, saya bertuah kerana ibu dan bapa mentua sentiasa ada bersama. Tanpa sokongan keluarga mentua, saya tidak mungkin mampu meneruskan hingga majlis tamat,” katanya yang bertugas sebagai pembantu keselamatan kilang di Johor Bahru.

 

 

 

 

 

 

 

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply