Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Suami Amyza Aznan Diserang Strok

Semoga Amyza diberi kekuatan dan kesabaran untuk hadapi dugaan ini.

Published

on

Pelakon dan pengacara, Amyza Aznan mendedahkan suaminya, Khairil Idzhar Md Nazir diserang strok, baru-baru ini.

Perkara itu dikongsikan menerusi video kompilasi gambar sempena ulang tahun perkahwinan ke-16 mereka yang dimuat naik di Instagram pada Rabu.

“Walau you dah lumpuh, kasih sayang setia I tak lumpuh.”Saya minta maaf kepada semua client yang saya buat emcee majlis dan produksi.

“Bukan tak nak kongsi aktiviti saya di Instagram dan bukan pilih bulu tetapi sebenarnya sekarang lagi penting untuk saya fokus iaitu suami saya, dia strok.

“Insya-Allah suatu hati nanti saya akan kongsikan kerja-kerja pengacaraan dan penggambaran itu.

“Selamat ulang tahun perkahwinan suamiku sayang. Semoga Allah pegang hati ini untuk tidak berpaling, tidak lelah menjaga, memanja, menyayangi, mencintai B.

“Walaupun B strok, doa love tetap B suami dan ayah kepada anak-anak love di dunia dan sehingga ke jannah nanti,” kata Amyza.

Lantas, berita mengejutkan itu mendapat perhatian para pengikutnya, termasuk teman artis seperti Ezlynn, Azza Zawari, Zarina Zainuddin, Noniswara dan Linda Rafar, Atikah Suhaime yang memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Amyza dan Khairil mendirikan rumah tangga pada 2003 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Andre Mikhail, Adrian Adam serta Ayden Andika.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement