Connect with us
Kool FM

Berita

“Stop Visiting From One Home To Another…” KP Kesihatan Gesa Sambut Raya Secara Tertutup

Lindungi keluarga kita

Published

on

Sejak negara diserang virus Covid 19, cara kehidupan setiap individu menunjukkan perubahan.
Paling ketara ialah semasa bulan Ramadhan dan menjelang Aidilfitri.
Tiada lagi bazaar Ramadhan besar-besaran, tiada solat terawih dibenarkan, dan tiada sesi berbuka puasa di luar.
Untuk sambutan Aidilfitri pula, Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati semua umat Islam untuk menyambut Hari Raya secara tertutup di kediaman masing-masing.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, aktiviti kunjung-mengunjung perlu ditangguhkan jika ia tidak perlu bagi memastikan keselamatan keluarga dan golongan berisiko tinggi.
Kementerian Kesihatan memaklumkan selain warga emas, golongan kanak-kanak merupakan antara golongan yang berisiko untuk dijangkiti wabak COVID-19.
Definisi warga emas adalah golongan yang berusia 60 tahun ke atas dan sekiranya mempunyai sakit kronik lebih tinggi risiko untuk maut jika dijangkiti virus pandemik itu. Penyakit kronik contohnya kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung, risiko lebih tinggi. Untuk golongan kanak-kanak pula adalah yang berusia di bawah 12 tahun.
View this post on Instagram

Ini semua untuk keselamatan keluarga. Sama sama kita membenteras jangkitan Covid-19 di musim perayaan ini. Semoga semuanya akan berakhir. @jayjamalina #StopCovid19 #KitaJagaKita #StayHomeStayKool Sumber: @buletintv3

A post shared by Kool FM (@koolfmmy) on

Menurut beliau, elakkan menerima tetamu dari luar, kecuali ahli keluarga terdekat, dan elakkan ziarah menziarahi.
Jika ruang rumah terhad, dan jika dikhuatiri tidak dapat menjaga jarak sosial, lebih baik untuk tidak meneruskan hasrat ziarah.
Apa lebih penting adalah, kekal dengan prosedur operasi standard (SOP) dan amalkan ‘3C’ – elak kawasan sempit (confined), sesak (crowded), dan bertutur dengan rapat (close conversation).
Orang ramai dinasihatkan tidak mengambil mudah kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana individu dewasa berisiko tinggi menjadi pembawa virus tanpa disedari.
Ramai yang positif COVID-19 hanya mengalami gejala ringan atau langsung tiada gejala dan akan menyebarkan virus itu kepada orang lain.
Lindungi ibu bapa kita, anak-anak kita dan diri sendiri.
#kitajagkita
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement