Home > #CeriteraKool > Stokin KJ curi perhatian

Stokin berbelang serta warna terang sememangnya sinonim dengan identiti Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang sering menampilkan kelainan, selari acuan golongan muda.

Bagaimanapun, keberanian pemimpin berusia 42 tahun itu memakai stokin ‘mencolok mata’ hari ini tampak membingungkan apabila mengenakan sarung kaki berwarna kuning pada kaki kanan dan berbelang biru-hitam-coklat pada kaki kiri.

 

I love loud socks. But today my loud socks are mismatched. Was I in a rush to get to Cabinet this morning and couldn’t find a pair that matched? Is this a new OOTD thing? No. My mismatched socks today are a tribute to World Down Syndrome Day. It’s to remind people that things and people can be different but also beautiful and amazing as they are. World Down Syndrome Day is about loving people as they are. Today is also a tribute to my niece, Aisha. She has Down Syndrome. But she has never let that get in the way of her dreams. She is smart, beautiful, funny, active and has been a confident public speaker advocating for inclusive education where typical and atypical kids study together. She is a constant source of inspiration for me to make society more compassionate, to reduce barriers for people with different abilities to reach their full potential, and to ensure no child is ever left behind in a dark room, out of sight and out of mind. The measure of a society is how we treat those who need our care and compassion the most. Today is also a tribute to Aisha’s mother, Kak Hana. She raised Aisha as a single mother and I remember once asking her, if she had the power to change things, would she change Aisha so that she didn’t have Down Syndrome. My sister said, “no way would I change anything. Because if I did, she would no longer be my amazing Aisha.” Please watch the video in my bio. James Corden himself said it’s the best carpool karaoke he’s seen. And he’s right. For a thousand years he’s right. Happy World Down Syndrome Day. Come as you are. As you were. #rockyoursocks #wdsd #wouldntchangeathing

A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj) on

 

“Saya suka stokin terang, tetapi hari ini ia tidak sepadan (warna dan corak). Adakah angkara saya tergesa-gesa untuk menghadiri mesyuarat Kabinet sehingga tidak dapat cari sepasang yang sepadan?

“Adakah ini OOTD (Outfit Of The Day) terbaharu? Katanya menerusi catatan di laman Instragram miliknya, hari ini.

Menyangkal tanggapan pengikut 854,000 pengikutnya, Khairy menjelaskan, pemakaian stokin bercelaru mengikut warna dan corak itu adalah sempena meraikan Hari Sindrom Down Sedunia yang disambut 21 Mac pada setiap tahun.

Katanya, ia antara lain peringatan kepada masyarakat bahawa manusia dan segelintir perkara mungkin tampak berbeza, namun masih indah dan mengagumkan menerusi kaca mata seperti sedia ada.

“Hari Sindrom Down Sedunia menitipkan mesej untuk menyayangi manusia seperti sedia ada. Hari ini, saya turut menzahirkan penghormatan kepada anak saudara, Aisha.

“Aisha mempunyai Sindrom Down, tetapi ia tidak pernah dijadikan sebagai rintangan untuk dia mengejar impiannya.

“Dia bijak, cantik, kelakar, aktif dan sentiasa menampilkan diri sebagai jurucakap yang mempunyai keberanian ketika menyampaikan ucaptama mengenai perjuangan ke arah sistem pendidikan menyeluruh, dengan mengetepikan perbezaan antara kanak-kanak biasa serta istimewa,”katanya.

Menggambarkan pekerti itu sebagai sumber inspirasi, Khairy berkata, ia pemangkin ke arah usaha menghapuskan jurang perbezaan antara individu yang dilahirkan dengan kebolehan berlainan, selain memastikan tiada kanak-kanak tercicir daripada arus perdana.

 

 

 

 

 

Sumber: Bhonline & Instagram khairykj

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply