Connect with us
Kool FM

Sukan

Status OKU Tidak Menghalang Razlan Ibrahim Untuk Bermain Goalball

Uniknya Goalball ni..

Published

on

Goalball ialah sukan yang baharu diperkenalkan dalam Malaysia di mana ia adalah sejenis permainan yang dahulunya menurut fakta Sejarah direka khas untuk veteren perang dunia kedua di German kerana ramai tentera yang mempunyai masalah penglihatan.

Menurut tetamu jemputan segmen Spectator Sukan di Kool FM pada 11 Julai 2020 iaitu Razlan Ibrahim yang juga seorang atlet Goalball, ia kali pertama dipertandingkan di Sukan Paralimpik pada tahun 1978.

“Bola ni mempunyai 8 lubang, 4 di atas, 4 dibawah dan mempunyai loceng di dalamnya,” ujar Razlan.

Selain itu, Goalball dimainkan oleh dua pasukan, dengan tiga pemain dalam satu pasukan. Gelanggangnya berukuran 18 meter panjang dan 9 meter lebar. Kedua-dua lebar gelanggang berkenaan dikira sebagai pintu gol dengan dipacakkan tiang di kiri kanannya.

Menurut atlet kelahiran Pulau Pinang ini, kelajuan yang paling laju pernah dilakukan ialah lebih 60KM.

“Semua pemain akan ditutup mata, walaupun tiada masalah penglihatan” tambah Razlan

Perlawanan Goalball akan berlangsung selama 14 minit dengan pemain bertukar bahagian gelanggang pada separuh masa selepas rehat tiga minit. Tugas pemain ialah meleretkan bola yang mengandungi loceng di tengah-tengahnya ke arah pintu gol lawan.

Pemain lawan akan merebahkan badan untuk menghalang bola daripada melintasi garisan gol sendiri. Ini dilakukan sebagai tindak balas terhadap bunyi loceng daripada bola berkenaan. Sesudah pemain pasukan A, misalnya, selesai meleretkan bola dan berjaya dihalang oleh pemain pasukan B, berikutnya giliran pemain pasukan B itu meleretkan bola ke pintu gol lawan.

“Saya mula menyertrai Goalball ketika berusia 11 tahun, itu pun sebagai pemain simpanan dan dapat peluang untuk baling hanya masa penalti,” kata Razlan sewaktu mengimbau kenangan kali pertama bermain sukan itu.

Selain itu, seseorang pemain yang memegang bola, diberi masa hanya 10 saat untuk meleretkannya semula dan cuma boleh membuat dua lontaran berturut-turut.

Jika mana-mana peraturan dilanggar, pihak lawan akan mendapat lontaran penalti (ketika ini, hanya seorang pemain lawan boleh mengawal pintu gol). Seorang pengadil ditugaskan dengan bantuan empat penjaga garisan yang juga bertindak sebagai pemungut bola.

Dengar lebih lanjut tentang Goalball menerusi Catch Up Kool di bawah:-

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement