Semasa & Hiburan
Status ‘OKU’ Bukan Penghalang, Ras Adiba Kuat Meneruskan Kerjaya Sebagai Senator Dewan Negara Malaysia
Wanita hebat!
Bekas penyampai berita dan pengacara televisyen, iaitu Ras Adiba Radzi menjadi perhatian ramai selepas dilantik menjadi senator di Dewan Negara Malaysia.
Video yang dimuat naik di laman sosial Instagram nya itu menarik perhatian warganet. Rata-rata netizen memujinya kerana dalam keadaan kurang upaya, masih kuat untuk berkhidmat kepada negara.
Tidak terlepas dari kontorversi, ada yang mendakwa selepas menjadi senator, Ras kembali membuka tudung. Bagaimanapun, Ras menyangkal dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa sebelum ni dia memang tidak bertudung tetapi hanya mengenakan turban atau skaf sahaja untuk menutup kepala.
“Saya tidak pakai tudung. Saya cuma kenakan skaf atau turban sahaja. Semoga saudari dilindungi Ilahi selalu dan diberikan pedoman senantiasa,” jawabnya.
Semoga Ras terus kuat menempuh rintangan di dalam kehidupan dan diberikan kekuatan.