Connect with us
Kool FM

Berita

Solat Jumaat Di Negeri Sembilan Bermula Minggu Hadapan

Sila patuh SOP.

Published

on

Solat Jumaat bagi seluruh masjid di Negeri Sembilan mengikut kapasiti masjid ditangguhkan kepada 19 Jun depan.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Mohd Zaidi Ramli berkata, kebenaran solat Jumaat pada hari ini, 12 Jun 2020 di negeri itu kekal seperti ditetapkan sebelum ini.

Ia susulan kekeliruan orang ramai mengenai solat Jumaat di semua masjid di negeri itu akan bermula hari ini.

Terdahulu, kerajaan negeri mengeluarkan arahan membenarkan solat Jumaat di lapan masjid terpilih di setiap daerah di negeri ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya sudah mengeluarkan garis panduan bertujuan memastikan ahli jawatankuasa masjid dan surau serta jemaah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa, khususnya Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan.

Katanya, jemaah yang dibenarkan ke masjid dan surau adalah ahli kariah, warga Malaysia dan berusia antara 15 hingga 60 tahun manakala mereka yang melebihi umur 60, tidak digalakkan.

“Jemaah dikehendaki mengisi borang atau slip pendaftaran yang diedarkan oleh masjid pada setiap hari Jumaat bermula pada jam 12 hingga 1 tengahari dan kemudian memasukkan slip berkenaan ke dalam kotak yang disediakan.

“Ahli kariah lain yang tidak mendapat kebenaran melaksanakan solat Jumaat di masjid, mereka hendaklah menggantikan solat itu dengan solat Zohor di rumah masing-masing,” katanya.

Mengenai solat berjemaah lima waktu di masjid dan surau pula, Mohd Zaidi berkata, ia boleh dilaksanakan termasuk aktiviti pengajian ilmu dibenarkan, dengan mengamalkan disiplin kendiri tanpa berganjak atau berubah tempat duduk.

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement