Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Smart Parenting: Coach Ini Kongsi Cara Bina ‘Jambatan Emosi’ Dengan Anak-Anak!

Falsafah Coach Zaid ialah ‘sayangkan anak, susah-susahkan…’

Published

on

Pasti ramai di luar sana yang mencari tip ibu bapa supaya dapat menyediakan yang terbaik untuk anak anak.

Dalam mengukuhkan hubungan dengan anak-anak, ibu bapa kena menjadi “kawan” kepada anak-anak untuk membina sesuatu yang dinamakan sebagai ‘jambatan emosi’, sekaligus mencipta kepercayaan antara satu sama lain.

Ketika berkongsi cara smart parenting dalam temubual bersama AG, Haiza dan Muaz di Kool FM, seorang pakar perunding motivasi keluarga bernama Encik Zaid Mohamad menegaskan mengenai kepentingan peranan ibu bapa dalam membentuk anak-anak mereka.

Menurutnya, jawatan ibu bapa di pejabat bukan lah semata-mata satu “kuasa” untuk turut memberi arahan di rumah, tetapi ia perlu sentiasa dijadikan sebagai konsep “coaching” terhadap anak-anak, dengan membina ‘jambatan emosi’.

“Dalam Islam mengajar kita untuk ‘berkawan’ dengan anak-anak. Berhenti jadi ibu bapa sekejap. Banyakkan mendengar…”

“Philosophy saya dalam smart parenting ialah ‘kalau sayangkan anak, susah-susahkan’. Bukan torture mereka, tapi untuk buat mereka kental. Kena bersusah-susah dahulu…”

Dalam topik yang sama, Encik Zaid berkongsi, jika mahukan anak anak tidak berasa terbeban membuat kerja-kerja di rumah sejak kecil, ibu bapa juga kena ‘turun padang’ dan masukkan elemen “bermain”.

Encik Zaid mensyorkan cara efektif namun menyeronokkan sebagai latihan yang mudah ketika membuat task untuk anak anak. Antaranya membiarkan anak-anak menyenaraikan lima perkara yang ingin dilakukan dalam rumah, dan ibu bapa perlu melakukan task itu bersama-sama, dan jadi “role model”.

Dengarkan perbualan menarik mereka selain lebih banyak tip-tip yang dikongsi dalam audio di bawah.

Encik Zaid turut memberi satu point penting di akhir perbincangan mereka.

“Kita kena tahu kemampuan anak-anak. Semua lain-lain. Mother of all stress ialah bila buat perbandingan. Tak perlu banding dengan anak-anak lain. Tetapi, ajar mereka untuk bandingkan diri dengan diri mereka di tahun yang lepas.”

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement