Connect with us

Hiburan

Slipknot Umum Konsert Jelajah Asia, Malaysia ‘Tercicir’ Daripada Senarai

Alamak..

Published

on

Jika sebelum ini kumpulan Backstreet Boys (BSB) pernah mengumumkan konsert jelajah mereka di Asia dan Malaysia tiada dalam senarai, giliran Slipknot juga melakukan perkara yang sama.

Kumpulan heavy metal dari Amerika Syarikat tersebut memaklumkan berkenaan menerusi laman Twitter rasmi mereka baru-baru ini.

Kumpulan legenda itu mengumumkan tarikh konsert jelajah Asia sebagai rangka promosi album terbaharu dan ke-6 mereka iaitu We Are Not Your Kind.

Bagaimanapun, berita menyedihkan buat peminat di Malaysia apabila Kuala Lumpur tercicir daripada senarai beberapa lokasi yang akan disinggahi kumpulan tersebut tahun depan.

Slipknot sebaliknya memilih untuk mengadakan konsert di beberapa lokasi di negara jiran, iaitu di Singapura (24 Mac), Jakarta Indonesia (27 Mac), Manila Filipina (29 Mac)

Lokasi lain yang akan disinggahi mereka termasuk Tokyo Jepun yang akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 20 & 21 Mac.

BSB sebelum ini pernah beberapa kali turun mengadakan konsert di Malaysia, dengan kali terakhir ialah pada 2015.

Terdahulu, kumpulan tersebut pernah dicalonkan pada Anugerah Grammy sebanyak 10 kali dan pernah memenangi Persembahan Metal Terbaik pada tahun 2006 dengan lagu Before I Get.

 

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement