Semasa & Hiburan
“Slim Tapi Anak Dah Dua,” – Foto Hanis Zalikha Dipuji Peminat
Apa agaknya rahsia Keknis?
Sudah menjadi lumrah setiap wanita inginkan tubuh badan yang langsing, ramping dan menawan.
Walaupun sudah berkahwin dan mempunyai anak tetap mahu kelihatan muda dan menawan seperti anak dara, kan?
Terbaru, pelakon dan pengacara Hanis Zalikha ada memuat naik satu foto di laman Instagram miliknya pada Rabu dan menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, walaupun sudah beranak dua Hanis masih kelihatan slim dan cantik.
Bagi yang tidak mengenali dirinya, pasti akan menyangka isteri kepada selebriti, Hairul Azreen ini masih belum berkahwin.
Lantas, ruangan komen Hanis dihujani dengan pujian daripada peminat kesayangan.
Hanis mendirikan rumah tangga dengan Hairul pada 5 Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor dan dikurniakan dua cahaya mata, Yusuf Iskandar, 3 , dan Alisa Aisyah yang memasuki usia empat bulan.