Connect with us
Salam Aidilfitri

Semasa & Hiburan

Siti Tampil Dengan Single Lenggok Arab “Basyirah”

Sungguh syahdu lagu ini…

Published

on

Sempena bulan Ramadan, Datuk Seri Siti Nurhaliza muncul dengan buah tangan terbaru diberi judul Basyirah.

Menerusi laman Instagram, penyanyi legenda negara itu memaklumkan lagu tersebut sudah boleh didengari di semua platform digital bermula jam 12 tengah malam (Jumaat) bersamaan 15 Ramadan.

Antara potongan kapsyen ditulis Siti ialah…

Basyirah membawa maksud khabar gembira dan apa yang membuatkan ia istimewa adalah melodinya yang mempunyai lenggok Arab selepas disuntik dengan elemen Timur Tengah.

Lebih menarik, ia mendapat sentuhan komposer Hafiz Hamidun yang bertindak sebagai pencipta lagu tersebut selain lirik ditulis oleh pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya.

Menurut laporan Harian Metro, Fedtri berkata lagu Basyirah bertujuan menghargai petugas barisan hadapan.

Unsur metafora serta puisi diguna pakai supaya bersesuaian dengan Ramadan yang mana mungkin mereka akan berhadapan kesukaran, tetapi InshaaAllah akan berjaya.

Jom kita dengarkan lirik video Basyirah di bawah yang baru sahaja dilancarkan di laman YouTube tepat jam 3 petang, 8 Mei 2020.

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement