Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Siti Sarah Nafi Hamil

Setakat ini, Sarah tiada perancangan untuk tambah bilangan anak.

Published

on

Penyanyi yang popular dengan lagu Semakin, Siti Sarah Raisuddin menafikan dakwaan segelintir pihak dirinya sedang hamil.

 “Saya tidak merancang untuk menambah anak dalam tempoh terdekat ini.

“Namun, jika Allah beri rezeki untuk kami dapat anak lagi pada tahun ini, saya terima dengan tangan terbuka,” katanya.

Desas desus mengatakan dirinya mengandung itu timbul gara-gara keadaan perut Sarah yang agak berisi, lalu mencuri perhatian peminat pada Konsert Soul Sisters sebelum ini.

“Sebenarnya, saya berdepan dengan masalah hormon tidak stabil hingga terpaksa berjumpa doktor untuk merawat masalah itu sebaik saja selesai konsert sebelum ini.

“Hormon yang tidak stabil turut mempengaruhi berat badan, darah gemuruh dan cepat panik.

“Saya juga terpaksa mengambil ubat yang disarankan doktor untuk merawat masalah hormon tidak stabil ini,” jelas Sarah.

Hasil perkongsian hidup dengan pelawak Shuib, mereka dikurniakan tiga orang anak, Uwais Alqarni, 7; Dzahira Talita Zahra, 4, dan Ariq Matin, 2.

 

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement