Pernah dicalonkan pada peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik menerusi lagu Kesetiaan, Saat Hilang Cintamu dan Bersamamu, namun, ketiga-tiga lagu tersebut gagal mara ke Anugerah Juara Lagu.

Related image

Justeru, apabila diberi peluang sekali lagi untuk bertanding dalam anugerah berprestij menerusi lagu Semakin, Sarah mengakui meletakkan keyakinan terhadap pertaruhan terbaharunya itu.

Tiada apa yang mampu diucapkan selain rasa bersyukur. Alhamdulillah, saya tidak tahu bagaimana untuk menzahirkan emosi pada masa ini. Gembira ada, sedih pun ada. Hal ini berkemungkinan disebabkan saya sendiri sudah lama tidak beraksi dalam anugerah yang hebat.

Dalam perkembangan lain, Siti Sarah memaklumkan dia akan mengumumkan mengenai single baharu jika semuanya berjalan seperti yang dirancang.