Semasa & Hiburan
Siti Saleha Asah Bakat Berlakon Dengan Kak Ogy
Apakah drama atau filem lakonan Siti Saleha yang paling anda suka?
Rasanya dah lama kita tak dengar tentang kisah pelakon terkenal, Siti Saleha.
Baru-baru ini, selebriti yang mesra dengan panggilan Sally itu ada berkongsi sekeping foto bersama seniwati, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy, di laman Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, Sally berterima kasih kepada Ogy kerana sudi meluangkan masa serta berkongsi ilmu tentang teknik lakonan.
Biarpun sudah 11 tahun bergelar anak seni, pelakon berusia 29 tahun ini tidak pernah sesekali merasa dirinya sudah cukup hebat, malah mahu sentiasa mengasah serta memperbaiki mutu lakonannya.
Apakah drama atau filem lakonan Siti Saleha yang paling anda suka? Cuba komen di bawah.