Connect with us

Hiburan

Siti Ajak Peminat Kayuh Basikal 20KM

Patutlah Tok Ti slim jeee!

Published

on

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyeru seramai 3,000 peminat untuk berbasikal sejauh 20 kilometer bersamanya di sekitar Putrajaya pada 26 Oktober ini sempena Kayuhan Wanita 2019 Galak Gaya Hidup Sihat.

Aktiviti sihat itu merupakan sebahagian daripada komitmennya mengajak masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup selain dapat meluangkan masa bersama peminat tersayang.

“Saya ingin mengajak kesemua wanita di luar sana khasnya para peminat sama ada mereka yang menetap di kawasan sekitar Putrajaya atau berdekatan mengikuti program ini.

“Saya sendiri secara peribadi gemar berbasikal sekitar Putrajaya bersama suami. Malah lokasi ini juga menjadi tempat pembelajaran saya sepanjang berjinak-jinak dengan hobi ini,” katanya.

Siti bersedia untuk melakukan kayuhan sejauh 20km bersama peminat dan beliau mungkin menghabiskan kayuhan dalam masa satu jam.

“Saya mungkin mengambil masa selama sejam untuk menghabiskan kayuhan. Tetapi kita tidak berlumba, program ini adalah kayuhan santai,” ujarnya lagi.

Cayalah Tok Ti!

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement