Connect with us
Salam Aidilfitri

Gaya Hidup

Siri Rompakan Paling Dramatis

Published

on


Setelah menunggu hampir 8 bulan, akhirnya peminat siri rompakan dari Spain, Money Heist kembali bersorak selepas bahagian ke empat dari musim ke dua mula ditayangkan 3 April lalu. Money Heist yang boleh ditonton di Netflix, mula menambat hati peminat dengan siri pertama mereka yang diterbitkan pada tahun 2017. Dengan jumlah penonton hampir 34 juta pada musim yang lepas, Money Heist atau La Casa De Papel, membuktikan kejayaan siri ini dengan jumlah tontonan yang tinggi.

APA YANG BEST?

Mungkin disebabkan kelainan yang dibawakan siri ini menjadi faktor utama penonton begitu tertarik bila start tengok musim pertama. Mungkin penceritaan siri ni tidak terlalu typical seperti siri drama dari Amerika, di mana Money Heist mampu mencampurkan elemen aksi, drama, cinta dan komedi secara serentak.

Musim pertama penonton menyaksikan babak rompakan di The Royal Mint of Spain yang dirancang oleh seorang mastermind yang diberi gelaran Professor. Kebijaksanaan watak Professor ini boleh dilihat dengan cara dia mengumpulkan penjenayah-penjenayah untuk dijadikan satu kumpulan dan mengajar mereka cara untuk membuat rompakan dalam skala yang besar. Bukan sekadar Professor, tetapi watak-watak perompak turut memberi impak sepanjang siri ini berlangsung. Sebagai langkah keselamatan, Professor menukar nama mereka kepada nama tempat seperti Moscow, Rio, Denver, Helsinki, Tokyo, Berlin, Naorobi dan Oslo. Antara mereka tidak ada yang tahu nama sebenar masing-maisng.

Sewaktu rompakan pertama mereka di The Royal Mint of Spain, kita dapat tengok samada gang Professor, atau pihak polis yang paling bijak membuat percaturan. Pelbagai muslihat digunakan oleh Professor untuk menggagalkan rancangan polis menumpaskan mereka. Sehinggakan Professor ini berjaya menawan hati seorang pegawai polis bernama Raquel Murillo yang sedang cuba menyelesaikan kes tersebut.

 

View this post on Instagram

 

“You can’t risk this entire plan for a woman – that’s the first rule. A job can’t be poisoned by a romantic relationship. Never.” – the professor What do you think about this rule? What advantages does this rule have?

A post shared by La Casa de Papel (@money_heist) on

Yang membuatkan siri ni penuh dengan drama sebab kumpulan perompak ni semua baru kenal semasa Professor membuat rancangan rompakan. Jadi semua baru nak kenal dan belum betul-betul gang lagi. Tapi bila dah dalam rompakan tu, sampai ada di antara mereka yang bercinta. Yang paling tragis bila ada diantara mereka terbunuh juga.

Rasanya ramai setuju ada satu watak yang paling annoying dalam siri ni, iaitu watak seorang pegarah bank bernama Arturo Román. Tetapi selepas selesai rompakan, dia dianggap sebagai wira oleh media kerana berani berhadapan dengan perompak. Siapa yang dah tengok Money Heist dari musim pertama ni tahu lah dia cuma berani cakap je.

Habis musim pertama dengan kejayaan mereka merompak The Royal Mint of Spain, masing-masing terus membawa haluan sendiri. Ingatkan dah boleh hidup selesa dengan hasil wang rompakan. Tiba-tiba salah seorang dari mereka diberkas oleh polis dan disoal siasat.

Professor yang tahu perkara ini terus memanggil ahli-ahli yang lain dan merancang sebuah lagi rompakan di kota Spain. Tujuannya adalah bagi mendapatkan semula sahabat mereka yang ditangkap polis tu. Kali ini target diorang adalah Bank of Spain dan hasil rompakan bukan lagi duit, tetapi emas.

SATU HARI HABISKAN TONTON MONEY HEIST

Bila dah keluar part 4 yang cuma ada lapan episod ni, masa yang diambil untuk habiskan semua episod cuma sehari. Sebagai peminat siri ni, rasa macam tak puas untuk part 4 ni sebab rompakan diorang belum habis. Akan bersambung musim baru nanti yang tarikhnya belum pasti lagi.

Tapi boleh tahan juga lah plot untuk part 4 ni. Macam dah tak ada harapan untuk Professor teruskan rancangan rompakan dia bila kekasih hati dia, Raquel dipercayai ditangkap dan ditembak oleh pihak polis. Tapi itu hanya muslihat pihak polis untuk mematahkan semangat Professor. Rompakan sebelum ini menyaksikan abang Professor terbunuh, dan untuk rompakan kali ini Professor tidak sanggup kehilangan lagi orang yang dia kasihi.

Kalau rompakan di The Royal Mint of Spain kita ada Raquel sebagai anggota polis handal yang cuba menyelesaikan kes rompakan, dalam rompakan Bank of Spain  kita diperkenalkan pula dengan seorang anggota polis bernama Alicia Sierra yang sangat berdedikasi untuk menyelesaikan kes ini walaupun reputasi dia musnah.

Jadi adakah rompakan ini berjaya ataupun tidak, semua akan terjawab pada musim seterusnya. Siapa yang belum layan lagi Money Heist, jom tengok cerita ni.

KATALAKI: Produktif lah juga seharian hadap cerita ni dari tak buat apa-apa..



Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement