Connect with us
Webinar Kool

Berita

Singapura Buka Masjid Bermula 2 Jun

Kesemua masjid di republik itu ditutup sejak 13 Mac lalu.

Published

on

Bermula 2 jun, kebanyakan masjid di Singapura akan dibuka secara berperingkat.

Bagaimanapun, solat berjemaah dan solat Jumaat masih tidak dibenarkan.

Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), masjid akan mengehadkan ruang untuk kegunaan orang awam dan mengutamakan keperluan petugas perkhidmatan penting.

Selain itu, 68 masjid akan mengehadkan waktu operasi dari 1 tengah hari hingga 6 petang selama 6 hari sehingga 7 Jun, manakala kebanyakan masjid akan membenarkan solat secara berseorangan untuk kesemua 5 waktu solat bermula 8 Jun.

MUIS berkata, 5 zon solat akan diwujudkan dengan setiap zon dapat memuatkan sehingga 5 individu daripada sebuah isi rumah seiring garis panduan kebangsaan.

Dalam pada itu, MUIS menggesa agar keutamaan diberi kepada pekerja perkhidmatan penting yang tidak dapat menunaikan solat di tempat kerja disebabkan tuntutan pekerjaan.

MUIS turut menasihati masyarakat agar mematuhi langkah pencegahan, termasuk mengenakan pelitup separuh muka, membawa sejadah sendiri serta mengelak daripada berdekatan dengan individu lain ketika di masjid termasuk bersalam.

Sumber daripada: BERNAMA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement