Connect with us

Berita

Siaran TV Analog Ditutup Sepenuhnya

Berakhirnya era penyiaran TV analog..

Published

on

Siaran televisyen (TV) terrestrial analog secara rasminya ditutup di tujuh buah negeri Wilayah Utara dan Timur Semenanjung pada 12.30 malam tadi, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Dalam satu kenyataan Selasa, MCMC menjelaskan penutupan itu menandakan berakhirnya era penyiaran TV analog yang kini beralih kepada siaran Digital myFreeview sepenuhnya di Semenanjung.

“Proses penutupan membabitkan 49 stesen pemancar TV analog merangkumi Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Image result for my freeview

“Kemuncak kepada proses penutupan siaran TV Digital myFreeview akan berlangsung di Sabah dan Sarawak pada 31 Okt ini yang bakal menyaksikan peralihan bersejarah kepada siaran TV Digital myFreeview sepenuhnya di seluruh negara,” menurut SKMM.

Kenyataan itu juga memaklumkan bahawa majlis ringkas peralihan siaran TV analog ke digital dijalankan di Gunung Jerai, Kedah dan Bukit Besar, Terengganu.

“Majlis dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Kuah; Mohd Firdaus Ahmad, Ketua Bahagian Koordinasi Negeri MCMC; Mohd Zaidi Abdul Karim, Pengurus Besar Negeri Telekom Malaysia; Anis Ahmad Mohd Ibrahim dan Naib Presiden Kawal Selia MYTV; Shamsul Najib Mohtar.

Image result for my freeview

Manakala di Bukit Besar, seramai 40 orang mewakili MCMC, Telekom Malaysia Bhd, MYTV dan Radio Televisyen Malaysia,” menurut SKMM.

Menerusi siaran TV Digital myFreeview, penonton diberi pilihan menonton pelbagai saluran TV, radio serta aplikasi baharu seperti membeli-belah dalam talian, informasi semasa, pendidikan interaktif dan pelbagai rancangan lain.

Mereka yang belum beralih kepada platform siaran TV Digital myFreeview digalakkan untuk berbuat demikian dengan mendapatkan dekoder dan memasang aerial Ultra Frekuensi Tinggi (UHF) dan memasangnya kepada set tv sedia ada atau mendapatkan Integrated Digital TV (IDTV) yang telah dilengkapi dengan penala digital serta memasang kepada aerial UHF.

Sumber daripada: BERNAMA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement