Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Siapa Yang Sakit Sila Duduk Rumah” – Wan Sharmila

Semoga kita semua terhindar daripada virus Covid-19.

Published

on

Isu wabak Covid-19 kini membimbangkan seluruh penduduk dunia. 

Makin merisaukan, jumlah positif Covid-19 di Malaysia ‘mencanak’ naik selepas diisytihar sebagai wabak pandemik pada 11 Mac lalu.

Pelakon tanah air, Wan Sharmila, 38, yang turut khuatir  ada menasihatkan pengikutnya di laman Instagram agar menjaga diri masing-masing dengan baik.

View this post on Instagram

Kalau tiba2 awak balik rumah ada seorang perempuan tengah tunggu awak kat tangga mcmni. Takut tak? 👻 . Apapun jaga diri ya semua. Jaga kebersihan.. Siapa yg sakit sila duduk rumah. Jauhkan la Covid 19 ni dengan kita. . . . #7harimencintaiku2 #sofi #teamsofi

A post shared by Wan Sharmila ® (@lala.wansharmila) on

Pelakon yang mesra dengan panggilan Lala itu juga menggesa masyarakat agar turut menjaga kebersihan.

Kata Lala lagi, individu yang tidak sihat disarankan untuk berada di rumah supaya virus itu tidak dijangkiti orang lain.

Di akhir kapsyen, Lala yang pernah popular menerusi drama Tari Tirana itu berdoa agar kita semua dijauhkan daripada wabak Covid-19.

Dalam perkembangan lain, Lala bakal tampil dengan drama terbaru, 7 Hari Mencintaiku 2 yang bakal disiarkan menerusi TV3 April nanti.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement