Home > #CeriteraKool > Siapa Si Cilik Yang Diiktiraf Kanak-Kanak Tercantik Di Dunia Ni?

Siapa Si Cilik Yang Diiktiraf Kanak-Kanak Tercantik Di Dunia Ni?

Kanak-kanak perempuan yang bernama Anastasia Knyazeva kini mencuri perhatian pengguna media sosial, susulan raut wajahnya yang cantik persis anak patung.

Dia yang baru berusia enam tahun dan berasal dari Rusia telah diiktiraf sebagai ‘kanak-kanak paling cantik di dunia’.

Image result for anna knyazeva

Knyazeva yang memiliki sepasang anak mata berwarna biru turut telah menandatangi kontrak dengan sebuah agensi peragaan.

Image may contain: 1 person, close-up

Akaun sosial Instagram miliknya yang diuruskan oleh ibunya juga sudah mempunyai lebih 500,000 pengikut.

Bagaimanapun Knyazeva bukanlah orang pertama pernah dilabel “kanak-kanak paling cantik”, sebelum ini seorang lagi, Kristina Pimenova yang juga berasal dari Rusia mendapat gelaran yang sama pada tahun 2014.

Image result for anna knyazeva

Paling diingati dan ikonik adalah model Perancis, Thylane Blondeau yang pernah menjadi tajuk berita utama di majalah Vogue Paris ketika berusia 10 tahun.

 

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply