Home > #CeriteraKool > Siapa Sangka Luahan Ibu Yang Berada Di Mekah Ini Menjadi Kenyataan

Siapa Sangka Luahan Ibu Yang Berada Di Mekah Ini Menjadi Kenyataan

Jemaah wanita Malaysia Jante Biby Mohd Shariff yang dilapor meninggal dunia di Makkah pada 6 September lalu sering menyatakan hasratnya tidak mahu pulang ke tanah air, susulan terlalu seronok berada di Tanah Suci.

Ibu kepada 5 orang anak berkenaan meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru pada usia 67 tahun.

Jasliza berkata, kali terakhir beliau berhubung dengan ibunya adalah ketika Allahyarhamah Jante Biby mahu bertolak ke Arafah.

“Kami dimaklumkan oleh pihak Tabung Haji ibu meninggal kira-kira jam 11.30 malam, 6 September lalu.

“Saya tidak sangka, kata-katanya itu menjadi kenyataan dan beliau tidak akan kembali kepada kami lagi.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana ibu sempat menyempurnakan haji sebelum tiba-tiba jatuh sakit,” kata anak yang berasal dari Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands.

Jante Biby menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 2 petang waktu Arab Saudi selepas tiga hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di sana.

Jante Biby berlepas ke Tanah Suci bersama beberapa orang saudara dengan penerbangan XY14 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 1 Ogos lalu dan dijadualkan pulang ke Malaysia pada 28 September ini.

Jenazah Allahyarhamah Jante Biby diuruskan oleh petugas TH dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Syara’ie pada 7 September lalu.

 

Sumber dari: Berita Harian

Leave a Reply