Home > #CeriteraKool > Siapa Polis Wanita Mirip Nike Ardilla Ni & Apa Ke Istimewaannya Sehingga Tular?

Siapa Polis Wanita Mirip Nike Ardilla Ni & Apa Ke Istimewaannya Sehingga Tular?

Seorang anggota polis wanita dari Indonesia yang mempunyai wajah seiras dengan penyanyi yang popular menerusi lagu Bintang Kehidupan Nike Ardilla, kini sedang tular di semua platform media sosial.

Nindya Pratiwi mula menarik perhatian netizen apabila dia memuat naik sebuah video dengan menyanyikan lagu Bintang Kehidupan, sambil diiringi dengan alunan keyboard yang dimainkan oleh rakan sekerja di Instagramnya sejak seminggu lalu.

@isabeladapdap

A post shared by NINDY (@nindypa) on

Bukan hanya memiliki wajah yang manis namun, Nindya juga berkebolehan menyanyi dengan merdu walaupun tanpa diiringi sebarang instrumen muzik.

Ini pula videonya menyanyikan lagu Asal Kau Bahagia dendangan Armada Band.

Video itu telah ditonton lebih 100,000 kali dan mendapat lebih 1,000 komen.

Komen yang ni boleh tahan juga:

  • saputra8098 Buk suaranya merdu banget tapi saya jangan di tembak yah kalau mau nembak, nembak aja dihati abang hehehe

Selepas video nyanyiannya tular di Internet, Nindya yang bertugas di sebuah Pejabat Polis di Jakarta Raya telah beberapa kali diudang ke beberapa rancangan televisyen untuk mempersembahkan bakat nyanyiannya. Apa-apa pun, Kool FM ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Nindya Pratiwi.

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply