Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Siapa Kata Menyewa Rumah Tidak Boleh Deko? Penyewa Ini Bagi Tip Deko Rumah Cantik

Walaupun ‘simple’  tapi masih ada aura dan serinya..

Published

on

Nilai hartanah yang semakin meningkat membuatkan sesetengah pasangan sama ada yang baru berkahwin ataupun yang sudah lama berkahwin, terpaksa mengambil pilihan untuk menyewa rumah. Tak semua orang mampu untuk terus membeli rumah sejurus selepas berkahwin.

Manakala untuk anda yang sedang hidup menyewa sekarang ini, tidak salah pun kalau anda hendak hias rumah anda. Anda sesetengah orang merasakan menghias rumah adalah tidak penting, apatah lagi bila hidup menyewa. Eh jangan begitu, bila rumah dihias cantik tentu kita akan berasa selesa dan senang hati.

Ini ada perkongsian dari pengguna laman sosial di Facebook iaitu, Khairunnisa Hamzah yang berkongsi tentang rumah yang disewanya dan apa sebab pentingnya dekorasi rumah.

Sebelum berpindah ke rumah baru, Khairunnisa sempat bertanyakan kepada tuan rumah mengenai rumah yang hendak disewanya, dia terlebih dahulu memastikan sama ada rumah yang hendak disewa itu dibenarkan membuat dekorasi atau pun tidak.

Ini sedikit kisah yang dikongsikan oleh Khairunnisa Hamzah.

“Puan, macam mana saya nak dekor rumah sewa?”
“Rumah sewa boleh dekor ke?”

“Banyak pertanyaan dan keluhan sebegini yang masuk ke kotak pertanyaan saya”

Khairunnisa juga memberitahu yang dia sudah berpindah rumah sebanyak 9 kali, ada yang di sewa dan ada juga yang di beli.

“Kami sudah 9 kali pindah rumah. Ya, 9 kali! Tahun depan mungkin ada perpindahan kali ke-10. Ada rumah yang disewa, ada rumah yang kami beli dan jual semula.”

Mengatakan setiap kali menyewa atau bertukar rumah lain, mereka pasti akan dekor rumah walaupun sekadar ringkas. Katanya dekorasi memberikan aura dan mood positif pada semua ahli keluarganya. Semasa berbincang bersama dengan tuan rumah, Khairunnisa terlebih dahulu meminta izin untuk mendekor rumah tersebut. Pastikan semasa perbincangan, segalanya dipersetujui kedua belah pihak sebelum menandatangani kertas perjanjian sewa.

Selepas berpindah, mereka menjaga rumah sebaik mungkin, dan memulakan dekorasi rumah perlahan-lahan.

Lihat sahaja transformasi sebelum dan selepas, berbeza bukan? Daripada rumah kosong kini rumahnya kelihatan seperti ‘airbnb’ ataupun ‘guesthouse’ yang biasa kita lihat di laman-laman web untuk pergi bercuti.

Untuk anda yang mungkin tertanya-tanya di mana mereka beli perabot dan dekor di dalam rumah, mereka hanya menggunakan bahan industri seperti kayu pallet, batu-bata merah dan simen kasar. Perabot yang dipilih adalah dari kedai yang berpatutan dan ada yang didapati dari kedai perabot ‘recycle’ yang mengguna pakai perabot hotel dan barang berjenama yang masih baik. Hiasan dan dekorasi yang dibuat khas dan dipilih unik berkarakter dari kedai-kedai dekorasi yang pernah dikunjungi.

Wow kreatif betul lah. Siapa kata rumah sewa tak boleh didekor selesa. Lihat sahaja rumah Khairunnisa ini, boleh la dijadikan inspirasi. Walaupun ‘simple’  tapi masih ada aura dan serinya.

Selamat mencuba!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement